Program Subsidi Upah 3.0 Perkeso Dilanjutkan Sehingga Julai 2022

Program Subsidi Upah 3.0 Perkeso Dilanjutkan Sehingga Julai 2021
PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (Perkeso), agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM), menyambut baik keputusan Kerajaan untuk melanjutkan tempoh pemberian bantuan Program Subsidi Upah (PSU) selama sebulan lagi bagi semua sektor ekonomi yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat atau total lockdown yang berkuatkuasa mulai 1 Jun 2021. Pelanjutan ini dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam semasa mengumumkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+).
 
Sebagai satu inisiatif yang telah banyak membantu majikan dan perusahaan mereka untuk terus bertahan dalam mendepani impak pandemik COVID-19 selama ini, PERKESO percaya lanjutan PSU 3.0 ini akan dapat membantu mengurangkan risiko kehilangan pekerjaan atau mata pencarian kepada para pekerja yang majikan mereka terjejas akibat penutupan kebanyakan sektor ekonomi. 
 
PSU 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baik, di mana semua majikan yang beroperasi dalam PKP layak untuk memohon, tanpa mengambil kira sektor. Ia bermatlamat menyokong kelangsungan perniagaan sepanjang tempoh PKP yang menghadapi pelbagai cabaran termasuk kesukaran dalam menguruskan aliran tunai, perbelanjaan utiliti dan sewa premis. 
 

Apakah syarat kelayakan bagi Program subsidi upah 3.0?

  • Penurunan kadar hasil: Perniagaan yang mengalami penurunan kadar hasil sekurang-kurangnya 30% tahun-ke-tahun (dari 2019 ke 2020) selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
  • Berdaftar dengan PERKESO: Majikan dan pekerja berdaftar dan mencarum kepada PERKESO sebelum 1 Januari 2021
  • Majikan perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan sebelum 1 Januari 2021
  • Gaji pekerja: Tidak melebih RM4,000
  • Jumlah maximum pekerja: 500 pekerja
Book a Demo Now!

Dokumen Diperlukan untuk memohon Program Subsidi Upah 3.0

Dokumen yang diperlukan ialah:
i. Senarai nama pekerja (mengikut had kelayakan saiz perusahaan)
ii. Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja)
iii. Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika pembukaan akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan memastikan No BRN dan No akaun adalah tepat bagi mengelakkan sebarang kesulitan
iv. Salinan pendaftaran SSM / ROS / ROB / PBT atau lain-lain pertubuhan
v. Akuan Pengisytiharan PSU3.0

Jumlah Program Subsidi Upah 3.0

  • Penerima PSU sedia ada (sektor pelancongan dan peruncitan):
    1. RM600 / pekerja setiap bulan untuk 3 bulan
  • Pemohon baru (sektor pelancongan dan peruncitan):
    1. RM600 / pekerja setiap bulan untuk 6 bulan
  • Penerima PSU sedia ada dan pemohon baru (setiap sektor di Kawasan PKP):
    1. RM600 / pekerja untuk sebulan
Call Us Now!

More Related Info:

LHDN do not accept manual submission and payment in all LHDN branch Malaysia effective from September 2019
LHDN Malaysia do not accept manual submission
pic
How to do Payroll Calculator
Payroll Software Based on Different Kind Of Ways
Salary Calculator Malaysia for Payroll System
epf johor bahru calculation of payroll system deduction
Malaysia Epf Calculator For Payroll System