Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan LHDN Untuk 2022

Secara amnya, cukai langsung ialah cukai yang dikenakan ke atas pendapatan individu atau syarikat. Cukai pendapatan tersebut dibayar secara terus kepada kerajaan. Contoh cukai langsung ialah cukai pendapatan dan cukai keuntungan hartanah. Badan berkanun yang mengenakan cukai langsung ialah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). 

Di Malaysia, pendapatan individu akan dikira berdasarkan tahun semasa. Tahun taksiran ialah tahun mengikut kalendar tahunan. Sebagai contoh, tahun taksiran 2022 adalah berakhir pada 31 Disember 2022. Justeru, setiap hujung tahun, individu yang mempunyai pendapatan melebihi RM34,000 setahun pasti sibuk berkira-kira dan mencongak jumlah cukai yang harus dibayar pada tahun tersebut.

Sebelum ini LHDN telah menunda tarikh akhir  pembayaran cukai ke tarikh 30 Jun 2022 untuk sistem manual dan juga LHDN e-Filing bagi memberi kelonggaran kepada rakyat akibat penularan pandemik COVID-19. Bagi tahun taksiran 2022, kerajaan telah memperluas dan menaikkan had pelepasan cukai pendapatan individu melalui Belanjawan 2022 bagi meringankan beban rakyat yang masih terkesan dengan keadaan semasa.

Call Us Now!

Insentif Baharu Cukai Pendapatan 2022

Ada insentif baharu yang diperkenalkan bagi pelepasan cukai pendapatan taksiran 2022 berbanding tahun sebelumnya, seperti:

  • Pelepasan Cukai Istimewa Penjana sebanyak RM2,500 bagi pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet yang efektif pada tarikh 1 Jun 2020.
  • Pelepasan Cukai Baru Penjana sebanyak RM1,000, iaitu bagi pelepasan cukai untuk perbelanjaan perjalanan dalam negara.
  • Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 yang telah diberikan ke atas perbelanjaan melancong dalam negara juga akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2022.
  • Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)/ Real Property Gains Tax (RPGT) untuk jualan rumah kediaman yang terhad kepada tiga buah rumah.

Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan 2022

1. Individu

  • Individu dan saudara tanggungan

Pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM9,000 secara automatik setiap kali anda mengisi borang LHDN e-Filing

2. Individu OKU

Setiap Orang Kurang Upaya (OKU) dapat pengecualian cukai tambahan sebanyak RM6,000 dengan syarat beliau disahkan secara bertulis oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai seorang yang kurang upaya.

3. Ibu Bapa

Beruntungnya kalau sesiapa yang masih ada ibu bapa. Sekiranya anda mengeluarkan belanja kepada mereka, kita layak untuk dapat pelepasan. Sudahlah dapat pahala, pelepasan ini menjadi rahmat pula.

  • Perubatan, keperluan khas dan penjagaan ibu bapa

Sekiranya terdapat pengamal perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MPM) yang mengesahkan bahawa keadaan kesihatan ibu bapa anda memerlukan rawatan yang spesifik, sebarang kos yang telah dibelanjakan untuk membeli keperluan peralatan atau kos penjagaan ibu bapa anda yang mempunyai bukti dokumen atau resit, anda berhak menuntut maksimum pelepasan sebanyak RM5,000.

  • Ibu bapa yang masih sihat

Jika ibu bapa anda tiada sebarang masalah kesihatan, anda boleh juga menuntut pelepasan sebanyak RM3,000 ; RM1,500 bagi ibu dan RM1,500 bagi bapa anda. Walaubagaimanapun, anda perlu memastikan bahawa tiada adik beradik lain yang membuat tuntutan pada masa yang sama.

Namun, syarat-syarat yang berikut perlu dipenuhi untuk membuat sebarang tuntutan pelepasan:

  • Anak kandung dan anak angkat yang telah diiktiraf oleh undang-undang.
  • Tidak membuat tuntutan bagi penjagaan ibu bapa yang memerlukan rawatan perubatan, khidmat penjagaan khas, dan keperluan khas.
  • Jumlah pelepasan perlu dibahagikan sama rata mengikut bilangan individu yang menuntut berhubung ibu atau bapa yang sama. Sekiranya, yang menuntut pelepasan adalah lebih daripada seorang individu, maka jumlahnya akan dibahagi sama rata. Contohnya, tuntutan RM 3,000 ke atas kedua ibu bapa yang sama oleh dua orang adik beradik, maka pelepasan sebanyak RM1,500 sahaja layak dituntut setiap orang.
  • Layak ke atas ibu dan/atau bapa yang berusia 60 tahun atau ke atas (pada bila-bila masa dalam tahun taksiran), dan merupakan penduduk tetap di Malaysia.
  • Jumlah tuntutan pelepasan tidak melebihi RM24,000 seorang bagi tahun taksiran berkenaan bagi pendapatan tahunan mengambil kira semua punca sama ada dikenakan cukai atau tidak bagi setiap ibu atau bapa.
  • Layak hanya bagi kategori perbelanjaan yang dikeluarkan ke atas ibu bapa kandung dan juga ibu bapa angkat yang telah disahkan oleh pihak berkuasa, jika individu tersebut adalah anak angkat. Bagi kategori ini, ibu bapa tiri adalah tidak layak.

4. Peralatan alat sokongan asas

Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000 boleh dituntut untuk pembelian peralatan sokongan khas, tidak kira sama untuk kegunaan diri individu, suami isteri, anak atau ibu bapa OKU.

Mereka perlulah berdaftar dengan JKM sebagai OKU dan antara alat sokongan asas adalah:

  • kerusi roda
  • kaki palsu
  • mesin Hemodialisis
  • alat pendengaran
  • tidak termasuk kanta lekap (contact lens) dan cermin mata.

5. Yuran pengajian diri sendiri

Jika anda menyambung belajar sama ada di peringkat Diploma ataupun Ijazah Sarjana Muda, Sarjana ataupun Doktor Falsafah (PHD) dengan menggunakan wang sendiri untuk membayar yuran anda layak dapat pelepasan maksimum sebanyak RM7,000. Walaubagaimanapun, syarat-syarat ini hendaklah diikuti untuk layak mendapat pelepasan ini :

  • Pengajian di mana-mana badan profesional di Malaysia atau institusi tempatan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atau diluluskan oleh Menteri Kewangan. 
  • Bagi bidang perakaunan, undang-undang dan kewangan Islam, pengajian yang diikuti perlu mendapat kelulusan oleh Bank Negara Malaysia  (BNM) atau Suruhanjaya Sekuriti termasuk bidang yang berkaitan kemahiran, vokasional, saintifik, teknikal, industri atau teknologi adalah layak mendapat pelepasan.
Book a Demo Now!

6. Sakit kritikal, sukar diubati dan pemeriksaan kesihatan penuh 

  • Sakit kritikal atau sukar diubati

Individu, pasangan atau anak boleh mendapat pelepasan cukai pendapatan maksimum sebanyak RM6,000 sekiranya berbelanja bagi menjalani rawatan perubatan penyakit serius atau sukar diubati sama ada dihidapi  seperti Parkinson, sindrom AIDS, leukemia, penyakit buah pinggang, barah dan lain-lain penyakit yang serupa. Ini juga merangkumi kos rawatan kesuburan

Bagi penyakit serius termasuk sindrom ‘ain-lain penyakit yang serupa’ termasuk Pulmonari Hypertension, serangan jantung, penyakit hati kronik, trauma kepala dengan defisit neurologikal, Fulminant Viral Hepatitis, melepuh dan melecur yang keterlaluan, ketumbuhan otak dan kecacatan kepada pembuluh darah, pemotongan kaki dan / atau tangan dan pemindahan organ utama. 

Kesemua resit rawatan perubatan serta surat perakuan yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan yang berdaftar dengan MPM hendaklah disimpan untuk tujuan rekod dan dokumentasi.

  • Pemeriksaan perubatan penuh (medical checkup)

Pelepasan cukai maksimum terhad RM500 diberikan kepada individu, pasangan atau anak-anak bagi pemeriksaan perubatan penuh yang dilakukan di mana-mana pusat perubatan bertauliah yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

7. Gaya hidup

Anda layak dapat pelepasan cukai maksimum sebanyak RM2,500 sekiranya anda ada membeli peralatan (sepanjang tahun 2022) untuk individu, suami steri anda atau anak seperti senarai berikut : 

  • Bahan bacaan seperti buku, jurnal, majalah, suratkhabar.
  • Komputer peribadi, telefon pintar atau tablet.
  • Menyertai keahlian gimnasium dan membeli peralatan sukan.
  • Langganan internet

Anda perlu menyimpan resit perbelanjaan yang sah dengan baik.

Yang terkini, kerajaan melalui Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), telah menunda tarikh akhir pelepasan cukai untuk pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet yang telah berakhir pada 31 Disember 2021 hingga satu tahun lagi, hingga 31 Disember 2022.

8. SSPN

Bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), pencarum boleh mendapatkan pelepasan cukai bagi simpanan atau tabungan bersih tahunan sehingga RM8,000 bagi kedua-dua jenis akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus. Selain itu, pencarum akaun SSPN-i Plus juga boleh menikmati pelepasan tambahan cukai pendapatan sehingga RM 11,000 bagi sumbangan Takaful.  Untuk makluman, skim ini juga tidak berisiko kerana dijamin oleh kerajaan dan patuh syariah serta dividen yang diterima bagi kedua-dua jenis akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus jugatidak akan dikenakan cukai

Call Us Now!

More Related Info

LHDN do not accept manual submission and payment in all LHDN branch Malaysia effective from September 2019
LHDN Malaysia do not accept manual submission
pic
How to do Payroll Calculator
Payroll Software Based on Different Kind Of Ways
Salary Calculator Malaysia for Payroll System
epf johor bahru calculation of payroll system deduction
Malaysia Epf Calculator For Payroll System