Bantuan SIP Prihatin Permai 2022 Untuk Individu Kehilangan Pekerjaan

SIP PRIHATIN adalah satu inisiatif bantuan kewangan segera untuk membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan akibat wabak COVID-19 dan menolong mereka mencari pekerjaan baharu.

Mulai 1 Januari 2022, individu yang kehilangan pekerjaan dari 1 Julai 2020 hingga 31 Disember 2021, boleh memohon bantuan kewangan SIP PRIHATIN sehingga 9 bulan di Portal Faedah SIP.

Dalam Pakej Bantuan Khas PERMAI yang diumumkan oleh Perdana Menteri, SIP Prihatin telah dilonggarkan syarat permohonan bagi membolehkan lebih ramai pemohon menerima manfaat.

Bantuan SIP Prihatin Permai 2021Untuk Individu Kehilangan Pekerjaan

Syarat Kelayakan Permohonan SIP Prihatin Permai 2022

Akta Sistem Insurans Pekerjaan meliputi semua pekerja yang:

  1. Merupakan warganegara Malaysia/pemastautin tetap
  2. Berumur 18-60*
  3. Bekerja dalam sektor swasta**
  4. Berkhidmat berasaskan kontrak perkhidmatan (contract of service)
    *Dengan satu pengecualian yang penting: Pekerja berumur 57 tahun ke atas yang tidak pernah mencarum sebelum mencapai umur tersebut TIDAK diliputi Akta SIP dan TIDAK perlu mencarum
    ** Pekerja badan berkanun, kuasa tempatan, perkhidmatan awam dan negeri, pekhidmat domestik dan bekerja sendiri TIDAK diliputi Akta SIP

Untuk permohonan semua jenis faedah, pekerja yang diliputi Akta SIP perlu memenuhi syarat-syarat tersebut:

  1. Membuat permohonan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kehilangan pekerjaan (LOE).
  2. Memenuhi Syarat Kelayakan Caruman (CQC). Maknanya, pemohon mesti membayar caruman kepada SIP dengan bilangan bulan minimum dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jadual kelayakan CQC boleh didapati di sini.
  3. Hilang pekerjaan di bawah definisi kehilangan pekerjaan kami.

Dalam Pakej PERMAI yang diumumkan oleh PM, antara kelonggaran yang diberikan oleh pemohon adalah:

  • Pekerja yang tidak memenuhi caruman minimum atau tidak dilanjutkan kontrak perkhidmatan setelah pembaharuan dibuat sekurang-kurangnya tiga kali, akan dibenarkan untuk memohon bantuan kewangan SIP PRIHATIN.
  • Mereka akan dibenarkan memohon bantuan kewangan SIP PRIHATIN sebanyak 30 peratus daripada pendapatan selama 3 bulan.

Dokumen Diperlukan Untuk Memohon SIP Prihatin Permai 2022

Dokumen Utama (Permohonan pertama sahaja).

  • a) Salinan kad pengenalan
  • b) Salinan surat pemberhentian kerja (termasuk VSS, MSS atau seumpamanya
  • c) Salinan penyata gaji (6 bulan kebelakang sebelum bulan kehilangan pekerjaan)
  • d) Salinan penyata gaji bulan kehilangan pekerjaan (jika ada).
  • e) Salinan Penyata Nombor Akaun Bank Pemohon

Dokumen sokongan

  • a) Salinan laporan polis (contoh gangguan seksual, ugutan dsb.
  • b) Salinan bukti arahan yang diberikan bagi kerja-kerja berbahaya bukan dalam skop kerja mengikut kontrak.
  • c) Lain-lain dokumen bukti berkaitan dengan kes.

Bagi pekerja yang tidak mempunyai dokumen-dokumen seperti di dokumen utama bagi (b), (c), (d) dan (e) pekerja boleh membuat
pengisytiharan diri (self-declaration) di Portal Faedah SIP semasa
membuat permohonan.

Contact Us Now!

Cara Memohon SIP Prihatin Permai 2022

  • Permohonan kali pertama boleh dilakukan di Portal Faedah SIP.
  • Manakala bagi permohonan kedua hingga permohonan kesembilan (bagi mereka yang layak), pemohon hendaklah log masuk dengan menggunakan ID pendaftaran (diberi selepas permohonan pertama) secara bulanan melalui pautan yang sama di bawah tajuk ‘Borang-Borang’. Sila pilih Borang EMP.
  • Pekerja boleh membuat permohonan untuk setiap tuntutan EMP setelah menyertai Program Pencarian Pekerjaan Semula (REPP) dalam tempoh masa 30 hari dari tarikh kelulusan EMP sebelumnya.
  • Sekiranya pekerja itu telah kembali bekerja dan melapor diri semasa menerima faedah EMP, pekerja tersebut hendaklah mengisi Borang EBSA untuk mendapat elaun bekerja semula awal.

Kadar Bantuan Bulanan SIP Prihatin Permai 2022

Bagi kategori pekerja yang layak mendapat Elaun Mencari Pekerjaan selama 6 bulan

Bagi kategori pekerja yang layak mendapat Elaun Mencari Pekerjaan selama 5 bulan

Bantuan SIP Prihatin Permai 2021Untuk Individu Kehilangan Pekerjaan

Bagi kategori pekerja yang layak mendapat Elaun Mencari Pekerjaan selama 4 bulan

Bantuan SIP Prihatin Permai 2021Untuk Individu Kehilangan Pekerjaan

Bagi kategori pekerja yang layak mendapat Elaun Mencari Pekerjaan selama 3 bulan

Bantuan SIP Prihatin Permai 2021Untuk Individu Kehilangan Pekerjaan

More Related Info

LHDN do not accept manual submission and payment in all LHDN branch Malaysia effective from September 2019
LHDN Malaysia do not accept manual submission
pic
How to do Payroll Calculator
Payroll Software Based on Different Kind Of Ways
Salary Calculator Malaysia for Payroll System
epf johor bahru calculation of payroll system deduction
Malaysia Epf Calculator For Payroll System