Kemudahan Pergerakan Bagi Individu Lengkap Vaksin

Kemudahan Pergerakan Bagi Individu Lengkap Vaksin

Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan kuarantin dan perjalanan untuk individu yang telah menerima lengkap vaksin di seluruh negara dan ia terpakai ke atas semua fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa pada Selasa ini, 10 Ogos.

Individu yang boleh memohon kelonggaran SOP perlulah telah menerima lengkap vaksin iaitu:

  • Individu telah menerima dua dos suntikan vaksin sama ada jenis Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac dan telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua.
  • Individu telah menerima satu dos suntikan vaksin bagi jenis Johnson & Johnson dan CanSino dan individu berkenaan telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

Kelonggaran bagi lengkap vaksin diberi berdasarkan fasa pelan pemulihan

i) Semua Fasa

  • Pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia (termasuk PR dan Malaysia MY Second Home) yang pulang atau tiba dari luar negara dan telah mendapat vaksin dos lengkap, dibenarkan menjalani kuarantin wajib di rumah dan diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) digital.
  • Kebenaran rentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing untuk pasangan suami isteri jarak jauh yang telah mendapat vaksin dos lengkap.
  • Kebenaran merentas daerah dan negeri untuk berjumpa anak di bawah umur 18 tahun bagi ibu bapa yang telah mendapat vaksin dos lengkap.
  • Aktiviti solat sahaja dibenarkan di masjid dan surau bagi jemaah telah menerima vaksinasi lengkap.
  • Penganut bukan Islam dibenar menghadiri rumah-rumah ibadat⁣ bagi mereka yang telah menerima lengkap vaksin.

ii) Negeri Fasa 2 dan seterusnya

  • Kebenaran rentas daerah.
  • Kebenaran aktiviti dine-in di kedai makan.
  • Kebanaran aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor).
  • Kebenaran aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama melibatkan homestay dan hotel.
Contact Us Now!

Bagi individu yang ingin memohon kelonggaran SOP tersebut, anda boleh membuat permohonan kepada pihak berkuasa seperti berikut:

i) Pengembara yang baru pulang/tiba ke Malaysia.

  1. Membuat ujian RT PCR 3 hari sebelum berlepas dan menunjukkan bukti ujian setelah tiba di Malaysia.
  2. Tiada gejala semasa saringan kesihatan dilakukan di pintu masuk antarabangsa negara.
  3. Mempunyai sijil vaksinasi lengkap yang sah.
  4. Mempunyai tempat kuarantin yang sesuai.
  5. Tempoh kuarantin akan mengikut nasihat KKM.

ii) Perjalanan Bagi Suami Isteri Jarak Jauh.

  1. Membuat permohonan kepada pihak polis dengan menyertakan dokumen berikut:
    – Salinan kad pengenalan suami dan isteri
    – Salinan sijil/kad pernikahan
    – Salinan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19
    – Salinan dokumen bukti tempat tinggal
  2. Di Sekatan Jalan Raya (SJR), tunjukkan surat kebenaran yang diluluskan oleh pihak polis.

iii) Perjalanan Ibu Bapa yang tinggal berjauhan dengan anak bawah 18 tahun

  1. Membuat permohonan kepada pihak polis dengan menyertakan dokumen berikut:
    – Salinan kad pengenalan ibu, bapa, dan sijil/dokumen kelahiran anak.
    – Salinan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 ibu, bapa/penjaga.
    – Maklumat persekolahan anak (sekiranya berkaitan)
  2. Di SJR, sila tunjukkan surat kebenaran yang diluluskan oleh pihak polis.
LHDN do not accept manual submission and payment in all LHDN branch Malaysia effective from September 2019
LHDN Malaysia do not accept manual submission
pic
How to do Payroll Calculator
Payroll Software Based on Different Kind Of Ways
Salary Calculator Malaysia for Payroll System
epf johor bahru calculation of payroll system deduction
Malaysia Epf Calculator For Payroll System