Kenapa anda perlu membayar cukai pendapatan di Malaysia?

Musim membayar cukai sudah tiba. Ada dikalangan kita yang menghadapi kesukaran untuk memfailkan cukai pendapatan dan mengenal pasti jenis-jenis pelepasan cukai yang layak diperolehi. Pembayaran cukai juga boleh dikatakan sebagai suatu peristiwa penting dalam kehidupan seseorang.

Proses memfailkan cukai akan menjadi lebih rumit jika kurang pemahaman tentang kaedah untuk melengkapkannya dengan betul. Pasti ada yang masih tertanya-tanya adakah perlu membayar cukai pendapatan dan berapakah tangga gaji yang diwajibkan ke atas seseorang itu untuk membayar cukai seperti mana yang disarankan oleh kerajaan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Paling penting sekali, jangan cuba untuk mengelak atau lari daripada cukai. Dikhuatiri jika pihak berautoriti dapat mengesan kegiatan anda, pasti akan didakwa dan perlu membayar cukai tertunggak secara penuh.

Apakah maksud cukai pendapatan?

Cukai pendapatan ialah cukai tahunan yang dikenakan oleh kerajaan ke atas pendapatan individu dan perniagaan. Pada dasarnya, kerajaan akan mengambil sebahagian kecil wang daripada hasil pendapatan anda untuk disumbangkan kepada negara.

Siapakah yang perlu membayar cukai pendapatan?

Pada 2015, individu yang memperolehi pendapatan tahunan melebihi RM34,000 (atau pendapatan bulanan kasar sebanyak RM2,833.33) selepas potongan KWSP hendaklah membayar cukai pendapatan. Anda dikehendaki membayar cukai untuk semua jenis pendapatan, termasuklah pendapatan daripada perniagaan atau profesion, pekerjaan, dividen, faedah, diskaun, sewa, royalti, premium, pencen, anuiti dan lain-lain.

Bagi pekerja dengan pendapatan bergaji, ia bukan sekadar penggajian bulanan sahajamalah termasuk bonus, bayaran lebih masa, komisen dan semua pendapatan bercukai yang lain. Ini juga terpakai untuk pekerja berstatus bebas.

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu membayar cukai di Malaysia jika anda bekerja kurang daripada 60 hari di Malaysia atau untuk semua pendapatan yang diterima dari luar Malaysia.

Anda perlu daftar nombor cukai pendapatan sekiranya adalah seorang daripada yang dinyatakan seperti berikut:
 
  • Individu berstatus bujang yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM34,001 setahun (selepas potongan KWSP)
  • Individu berkahwin dan pasangan tidak bekerja yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM46,001 setahun
  • Individu yang menjalankan perniagaan (walaupun perniagaan mengalami kerugian)
  • Pekerja baharu yang dikenakan Potongan Cukai Bulanan (PCB)
  • Individu yang mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai
  • Individu yang menjual/membeli hartanah

Kenapa Perlu Bayar Cukai Pendapatan?

Berdasarkan maklumat yang terdapat di laman rasmi LHDN iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri yang telah berkuatkuasa pada tahun 2015 sehingga sekarang bahawa;

Jika anda mempunyai pendapatan dan tinggal di Malaysia, anda akan dikenakan cukai atas semua pendapatan yang diperolehi di Malaysia dan anda perlu membayar cukai pendapatan.

Seseorang individu yang mempunyai pendapatan gaji dalam kiraan tahunan melebihi daripada RM34,000.00 selepas potongan KWSP, individu berkenaan perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Walau bagaimanapun, sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB (Potongan Cukai Bulanan), pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.

Terdapat pelbagai jenis cukai yang wujud di dunia ini sehingga kita mula mempersoalkan kewajaran membayar cukai mengunakah pelbagai hujah dari sudut agama, kemanusiaan dan pelbagai lagi. Berikut adalah sebab utama kenapa anda perlu membayar cukai.

Kebajikan Masyarakat

Tahukah anda, kebajikan dan keselamatan masyarakat dapat dipertingkatkan jika anda semua membayar cukai tanpa mengelak.

Hal ini dapat dilihat apabila golongan B40 serta gelandangan adalah mereka yang paling ramai menerima manfaat daripada cukai. Sebagai contoh adalah seperti pemberian tunai iaitu Bantuan Sara Diri (BSH) dan Bantuan Penjana buat golongan tersebut.

Hasil daripada cukai juga digunakan untuk membina kemudahan infrastruktur seperti hospital, sekolah dan pengangkutan awam.

Kemajuan Ekonomi Negara

Tiada negara di dalam dunia ini yang mampu bertahan tanpa adanya cukai. Mungkin ada beberapa negara yang tidak amalkan cukai-cukai tertentu seperti GST/VAT tetapi tetap miliki cukai lain. Cukai juga banyak membantu kerajaan untuk melaksanakan pelbagai dasar cumanya ia merakyat ataupun tidak sahaja. Malahan ianya juga membantu ekonomi negara untuk berjalan dan berdaya saing.

Apa yang perlu saya buat jika saya layak dikenakan cukai pendapatan?

Anda boleh mendaftar dengan membuat permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan yang boleh dibuat di semua cawangan LHDN yang berdekatan.

Antara dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat pendaftaran adalah seperti berikut;

  • Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini ;
  • Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa ;
  • Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).


Selain membuat pendaftaran nombor rujukan cukai secara manual, anda juga boleh mendaftar secara online melalui laman web yang telah disediakan oleh LHDN iaitu di e-Daftar.

Pendaftaran Secara Online Melalui e-Daftar :

  • Paspot bagi bukan warganegara Malaysia
  • Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)

More Related Info

LHDN do not accept manual submission and payment in all LHDN branch Malaysia effective from September 2019
LHDN Malaysia do not accept manual submission
pic
How to do Payroll Calculator
Payroll Software Based on Different Kind Of Ways
Salary Calculator Malaysia for Payroll System
epf johor bahru calculation of payroll system deduction
Malaysia Epf Calculator For Payroll System