Langkah yang perlu dilakukan sekiranya perlu kuarantin sendiri di rumah

Langkah yang perlu dilakukan sekiranya perlu kuarantin sendiri di rumah

Jika anda disahkan positif COVID-19 atau merupakan seorang kontak rapat kepada seorang yang telah disahkan menghidapi jangkitan ini, anda wajib melakukan pemantauan kendiri dan kuarantin di rumah.

Bagi memahami dengan lebih mendalam siapa yang perlu menjalani kuarantin di rumah, fahami terlebih dahulu mengenai status anda di dalam rantaian COVID-19.

Call Us Now!

Kategori Pesakit Positif COVID-19

Kategori 1

  • Tidak bergejala atau bergejala ringan dan memenuhi kriteria lain yang ditentukan, boleh menjalani pemantauan dan pengasingan di rumah mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
  • Bagi yang bergejala dan mempunyai ko-morbiditi, anda akan dirujuk Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 berisiko rendah untuk rawatan lanjut
  • Swab test/ ujian swab ulangan tidak diperlukan

Jangan bimbang, bukan semua pesakit COVID-19 perlu  menjalani kuarantin di rumah, pihak KKM akan membuat penilaian mendalam bagi memastikan sekiranya anda mempunyai kawasan yang sesuai bagi menjalani kuarantin di rumah.

Mereka akan membuat penilaian dari aspek keluasan rumah serta bilangan isi rumah yang ada, sebelum membenarkan anda menjalani kuarantin sendiri di rumah. Sekiranya ia dirasakan kurang sesuai, pesakit akan dibawa ke hospital.

Kategori 2

  • Individu yang merupakan kontak rapat dengan dengan pesakit COVID-19 (Kategori 1)
  • Perlu kuarantin di rumah selama 10 hari
  • Ujian pengesanan virus COVID-19 perlu dijalankan bagi mereka yang bergejala atas arahan PKD
  • Swab test/ ujian swab ulangan tidak perlu dijalankan melainkan arahan PKD
  • Sekiranya keputusan ujian COVID-19 positif, kategori anda akan bertukar ke kategori 1.
  • Sekiranya keputusan ujian COVID-19 ialah negatif, teruskan kuarantin di rumah selama 10 hari

Garis Panduan Kuarantin di Rumah

  1. Jika anda positif tetapi asimptomatik, terus berada di rumah dan lakukan pengasingan kendiri sebaik saja keputusan ujian diterima
  1. Semua isi rumah juga perlu melakukan pengasingan
  1. Pejabat kesihatan daerah akan menghubungi anda pada waktu yang sepatutnya
  1. Anda hanya boleh meninggalkan rumah dalam keadaan tertentu
  1. Jangan pergi ke tempat kerja, sekolah atau kawasan awam
  1. Jangan gunakan pengangkutan awam atau teksi
  1. Jika perlu keluar rumah, anda mesti memakai pelitup muka dan amalkan penjarakan fizikal sebelum kembali serta-merta selepas selesai berurusan
  1. Di Selangor Pasukan Khas Covid-19 Selangor (STC) akan memaklumkan keputusan anda melalui aplikasi SeLangkah dalam tempoh 24 jam selepas ujian dijalankan. Justeru anda tidak perlu keluar dari rumah untuk mendapatkan keputusan tersebut.
  1. Jauhkan diri sebaik mungkin daripada orang lain dalam rumah, terutama jika mereka adalah golongan berisiko tinggi
  1. Di mana boleh, elakkan daripada menggunakan ruang bersama seperti dapur atau seumpamanya ketika ada orang lain dan bawa makanan anda ke bilik untuk dimakan.
  1. Pakai pelindung muka atau pelitup muka pembedahan semasa meluangkan masa di kawasan bersama dalam rumah anda
  1. Lakukan kegiatan beriadah di dalam atau kawasan halaman rumah saja
  1. Patuhi nasihat umum bagi mengurangkan penularan jangkitan dalam kalangan penghuni rumah
  1. Tempoh pengasingan anda termasuk hari anda melakukan ujian dan 10 hari berikutnya
  1. Maksudnya jika ujian pertama dilakukan 15 hari bulan, tempoh pengasingan anda berakhir pada jam 11.59 malam 25 hari bulan.
  1. Tempoh pengasingan rasmi 10 hari bermula pada hari keputusan ujian menunjukkan anda positif
  1. Kebanyakan pesakit Covid-1 mengalami rasa tidak sihat yang ringan. Dapatkan segera rawatan sekiranya keadaan anda atau penghuni rumah anda semakin buruk
  1. Anda boleh kembali menjalani kehidupan biasa dan menamatkan pengasingan 10 hari penuh jika anda kekal dalam keadaan sihat, atau simptom anda cuma batuk ringan atau kehilangan deria baru yang mungkin memerlukan masa beberapa minggu untuk pulih.

Langkah pemantauan kendiri kes positif COVID-19 di rumah

  1. Sentiasa di rumah dan pastikan boleh dihubungi setiap masa 
  2. Duduk bilik berasingan dengan ahli keluarga atau rakan serumah
  3. Elakkan interaksi dengan mana-mana ahli keluarga yang lain. Sekiranya benar-benar terpaksa, kedua-dua pihak perlu memakai face mask atau pelitup muka 
  4. Lapor status kesihatan sekiranya dihubungi atau melalui aplikasi MySejahtera
  5. Jika gejala semakin teruk, hubungi 999 atau ke hospital berdekatan menggunakan kenderaan sendiri. Maklumkan kepada pihak hospital terlebih dahulu bahawa anda pesakit COVID-19
  6. Kerap cuci tangan  dengan sabun dan pencuci tangan antiseptik (hand sanitizer) 
  7. Praktikkan adab bersin dan batuk yang betul. Tutup mulut apabila batuk dan bersin
  8. Buang tisu dan face mask yang telah digunakan ke dalam beg plastik yang disediakan dan ikat rapi. Cuci tangan serta merta
  9. Jangan sesekali berkongsi peralatan makanan dan penjagaan diri 
  10. Buka tingkap rumah bagi memastikan pengudaraan yang baik 
  11. Jangan sesekali menerima pelawat

Bagi yang akan menjalani proses kuarantin di rumah , kami doakan proses kuarantin anda berjalan lancar dan dapat pulih semula. Pastikan anda kekal di rumah dan mematuhi segala arahan SOP  yang ditetapkan oleh pihak KKM. Lebih-lebih lagi sekarang ini semakin banyak sektor perniagaan yang dibenarkan beroperasi. 

Membenarkan pesakit Covid-19 tanpa gejala terus tinggal di rumah masing-masing sudah lama dilakukan di beberapa negara luar, tetapi ia agak asing di negara ini.

Bagaimanapun dengan peningkatan berterusan kes baru setiap hari, pilihan yang ada pada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadi semakin terhad.

Sebelum ini semua pesakit Covid-19 – sekali pun hanya menunjukkan simptom kecil – memang dibawa KKM ke hospital atau pusat kuarantin.

Pada April lalu Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan amalan segera mengasingkan pesakit Covid-19 berkesan membantu mengekang penularan wabak tersebut.

Book a Demo Now!

More Related Info

LHDN do not accept manual submission and payment in all LHDN branch Malaysia effective from September 2019
LHDN Malaysia do not accept manual submission
pic
How to do Payroll Calculator
Payroll Software Based on Different Kind Of Ways
Salary Calculator Malaysia for Payroll System
epf johor bahru calculation of payroll system deduction
Malaysia Epf Calculator For Payroll System